Selasa, 27 April 2010



Ibn. Muhammad Nawi adalah merupakan nama pena bagi Abdullah Muhamad Nawi. Dilahirkan di Kota Bharu pada 25hb Mac 1984 . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mulong,Berhampiran Universiti Malaya Nilam Puri , kemudian mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, Kota Bharu. Menamatkan pelajaran peringkat Sijil dan Diploma di Politeknik Kota Bharu dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, pengkhususan dalam Automotif pada tahun 2006. Kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda juga dalam bidang yang sama di Universiti Malaysia Pahang.


Dalam bidang pekerjaan , memulakan pengalaman pertama bekerja dan menimba ilmu di Moza Auto Servis Kota Bharu ketika menjalani Latihan Industri di Politeknik, Kemudian berkhidmat sebagai penggerak atau pegawai operasi Islamic Outreach ABIM Kelantan di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli ABIM Kok Lanas. Pengkhususan dalam skop perancangan program Remaja dan Orang Asli. Juga sebagai tenaga pengajar di tempat yang sama. Sekarang separuh masa sebagai pengurus syarikat Kembara Hikmah Resources.


Pernah bergiat aktif dalam persatuan dan kelab dimana pernah memegang jawatan tinggi seperti Pengerusi Kelab Pengajian AM dan Exco JawatanKuasa Perwakilan Pelajar semasa menuntut di politeknik.


Aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan di mana penulis bergiat aktif dalam badan NGO dan Belia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM ) dimana pernah memegang jawatan Exco Negeri Kelantan, Sukarelawan Islamic Outreach ABIM ( Pengkhususan dalam bidang Program Orang Asli dan Remaja ) , Persatuan Pembimbing Pelajar Islam sebagai Bendahari, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Pertubuhan As-Syifa' Kelantan.


Sangat meminati mengendali dan menyertai program - program berbentuk ilmuan, motivasi dan keusahawanan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Return top